Sunday, November 8, 2009

Kenali diri, cermin diri,Kaunseling diri....

Salam ikhwan untuk manusia seluruhnya...
Alhamdulillah syukur kepada Allah tuhan pencipta langit bumi dan segala isinya...Alam semesta yang melebar dan penghujungnya adalah kemusnahan... Nyata alam itu akan berakhir...tetapi alam ini akan kembali mengadap Allah pencipta segala sesuatu... "Alam itu"dan "alam ini " mengandungi rahsia yang tidak akan tersingkap jika hati kita mati...
Alam itu...alam yang diluar diri kita yang merupakan satu penciptaan yang melengkapi untuk manfaat dan kemaslahatan alam ini yaitu diri sendiri...dan alam ini pada hakikatnya lebih bermakna, lebih sempurna, lebih luas lagi..."Aku jadikan kau keranaKU...dan aku jadi alam keranamu..."
Kenali diri... cermin diri dan didik dirimu untuk kembali ke titik permulaan... satu titik didalam lingkungan yang bertemu hujungnya...carilah rahsia ini mudahan dengan izin Allah kamu akan menjadi insan yang diredai Allah walaupun kamu dihina oleh manusia...manusialah yang akan menghina insan... tetapi hakikatnya insanlah akan berusaha untuk menaiktarafkan manusia supaya menjadi insan yang memiliki sifat sifat kehambaan hanya kepada Allah....bukan menjatuhkan manusia ketaraf lebih hina daripada binatang...kaunseling diri...didiklah mata jika melihat keburukan keluarkanlah kalam kebaikan. Didiklah telinga jika mendengar keburukan maka ucapkah kebaikan jika mampu dan didiklah lidah untuk berkata kata kebaikan manusia kain... maka pasti kamu akan mampu menjaga hati kamu...bersihkan hati untuk menerima Ilmu Allah yang maha luas....
salam persaudaraan untuk seluruh benua... kami akan terus mengibarkan panji panji damai kerana dihujung zaman ini pasti Islam akan memenuhi ruang kebenaran!

Sampai masa kita akan bertemu dalam antologi...TUHAN, DIRI DAN ALAM:Cinta Tanah Surah...karya s.fakirpurnama al Idrus yang akn diterbitkan oleh DBP. Kami akan terus mendoakan moga kita sentiasa dalam rahmat, keampunan dan reda Allah...

Kami sedia untuk berkongsi pandangan...

No comments:

Post a Comment