Wednesday, November 4, 2009

Kaunseling diri untuk kesejahteraan....

Kesejahteraan adalah ketenangan hati....Ketenangan adalah kebahagiaan...untuk mencapai ketenangan kuncinya pada petunjuk yang dinyatakan di dalam Al Quran dan manifestasinya pada diri Rasulullah SAW...."dan ingatlah dengan hanya berzikir kepadaKu hati akan tenang tenteram..." dan langkah permulaan untuk sentiasa berada dalam zikrullah ialah dengan mengenali diri dan mengenali Tuhan....
Socretes sejak berabad berbicara mengenai "Ghnothi Seuthorn" ...kenali dirimu!. Nabi Allah Adam...mengenali dirinya sebagai hamba justru itu kata katanya..."Ya Allah aku telah menzalimi diriku dan jika Engkau tidak mengampuni dosa dosaku maka aku termasuk ke dalam golongan mereka yang rugi... " inilah yang menjadi permohonan daripada anak cucunya sampai ke hari ini untuk menyatakan rasa kehambaan kepada Khalik yakni pencipta yang Maha Mencipta... Permulaan hidup beragama ialah makrifatullah... untuk mengenal Allah mestilah mengenali diri....mengenali hati...mengenali dalam ertikata hakikat yang sebenar benar...haqqul yakin...
Bila mencapai maqam inilah timbulnya rasa cinta yang mendalam hanya kepada Allah yang maha menciptakan segala sesuatu yang wujud dan gahib dari pandangan manusia...tetapi nyata pada mereka yang mencapai taraf insan..insan kamil.. Di dalam hati mereka hanya ada cinta dan cinta adalah satu anugerah rahmat daripada Allah… Perasaan ini secara fitrahnya dimiliki oleh semua makhluk yang bernyawa. Lebih lebih lagi manusia yang menggunakan ‘cinta’ sebagai batu loncatan untuk mencapai kehendak hawa dan nafsu...Insan adalah makhluk manusia paling yang ideal yang hanya menggunakan cinta untuk lebih dekat dengan Khalik...Inilah hakikat kejadian manusia yang mencapai maqam al insan itu sendiri sesuai dengan firman Allah di dalam surah at-Tin ayat 4…

Untuk mencapai maqam al insan, manusia haruslah sekurang kurangnya memiliki keyakinan yang kental kepada diri sendiri dan inilah yang akan mendorong ke arah kesempurnaan diri(mengenal diri-mengenal Allah) dalam ertikata yang sebenar benarnya mengikut pelbagai disiplin ilmu dan memiliki acuan ilmu syariat-tarikat-hakikat dan makrifat (syariat dan tasauf).

Pertemuan kita pada hari ini adalah satu Usrah Hati ke Hati dari seorang fakir yang tiada ilmu, daif, hina dina hanya belajar setakat alif dan ba...untuk semua manusia dan dari seorang guru khusus untuk semua anak anak murid di sekolah dan diluar lingkungan...dan dari seorang hamba yang hanya tahu tiada takut selain daripada Allah dan tiada rasa dukacita atas apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku... Cetusan hati ini adalah setitis harap dan takut di dalam menghadapi ujian daripada Allah dan godaan daripada Iblis yang sentiasa hidup pada hati, hawa dan nafsu yang lupakan Allah...kita sama sama berdiri dan bertatih diatas jalan yang lurus...untuk menuju kehadratnya...salam kasih sayang...


No comments:

Post a Comment