Monday, November 9, 2009

Izin Ilmu;Khusus untuk pelajar SPM dan STPM

Ilmu sifatnya suci, menjadi penyuluh bila di dalam kegelapan, menjadi penawar bila hati rawan, menjadi penyeri bila diri di dalam kegembiraan...itulah antara sifat ilmu yang menjadi milik dan sifat bagi Tuhan semesta alam. Untuk berimu maka gedungnya ialah alam yang luas ini dan kuncinya ialah berguru...dan restu...

Di sekolah khususnya...pelajar perlu ada keikhlasan menimba ilmu dari guru guru...dan guru pastinya memiliki keikhlasan untuk mencurahkan ilmu, kemahiran dan tunjuk ajar dengan hati yang terbuka, minda yang terancang dan perlakuan yang menunjukkan sifat seorang guru di sekolah... Justru dalam suasana pelajar yang akan menempuh peperiksaan SPM dan STPM maka sudah semestinya pelajar perlu bertemu, memohon maaf, minta halalkan ilmu yang dicurah, minya izin untuk menggunakanya di dewan peperiksaan dan minta guru doakan kejayaan sebelum menghadapi peperiksaan nanti....Insyaallah dengan izin Allah rabbul jalil para pelajar akan menghadapi peperiksaan dengan penuh kekuatan minda, hati yang tenang dan tubuh yang bertenaga... Berguru kepadang datar...dapat rusa belang dikaki... berguru kepalang ajar...bagai bunga kembang tak jadi...
Mudahan para pelajar akan menjadi bunga yang akan menebarkan wanginya sampai ke hujung benua...
salam kasih sayang untuk semua...cikgu jee...
salam untuk ikhwan PERSIMA diseluruh dunia...abe p

Sunday, November 8, 2009

merentas alam


Catatan Cinta pribadi 1.

Kekuatan Diri Merentasi Ujian dan Godaan,

Kekuatan Akalfikir Menjangkaui Horizon Alam,

Kekuatan Hatijiwa Menggapai Tulus kudus Cinta,

Dan Allahlah Yang Maha Hidup, Berdiri Sendiri,Tidak Mati…

Kenali diri, cermin diri,Kaunseling diri....

Salam ikhwan untuk manusia seluruhnya...
Alhamdulillah syukur kepada Allah tuhan pencipta langit bumi dan segala isinya...Alam semesta yang melebar dan penghujungnya adalah kemusnahan... Nyata alam itu akan berakhir...tetapi alam ini akan kembali mengadap Allah pencipta segala sesuatu... "Alam itu"dan "alam ini " mengandungi rahsia yang tidak akan tersingkap jika hati kita mati...
Alam itu...alam yang diluar diri kita yang merupakan satu penciptaan yang melengkapi untuk manfaat dan kemaslahatan alam ini yaitu diri sendiri...dan alam ini pada hakikatnya lebih bermakna, lebih sempurna, lebih luas lagi..."Aku jadikan kau keranaKU...dan aku jadi alam keranamu..."
Kenali diri... cermin diri dan didik dirimu untuk kembali ke titik permulaan... satu titik didalam lingkungan yang bertemu hujungnya...carilah rahsia ini mudahan dengan izin Allah kamu akan menjadi insan yang diredai Allah walaupun kamu dihina oleh manusia...manusialah yang akan menghina insan... tetapi hakikatnya insanlah akan berusaha untuk menaiktarafkan manusia supaya menjadi insan yang memiliki sifat sifat kehambaan hanya kepada Allah....bukan menjatuhkan manusia ketaraf lebih hina daripada binatang...kaunseling diri...didiklah mata jika melihat keburukan keluarkanlah kalam kebaikan. Didiklah telinga jika mendengar keburukan maka ucapkah kebaikan jika mampu dan didiklah lidah untuk berkata kata kebaikan manusia kain... maka pasti kamu akan mampu menjaga hati kamu...bersihkan hati untuk menerima Ilmu Allah yang maha luas....
salam persaudaraan untuk seluruh benua... kami akan terus mengibarkan panji panji damai kerana dihujung zaman ini pasti Islam akan memenuhi ruang kebenaran!

Sampai masa kita akan bertemu dalam antologi...TUHAN, DIRI DAN ALAM:Cinta Tanah Surah...karya s.fakirpurnama al Idrus yang akn diterbitkan oleh DBP. Kami akan terus mendoakan moga kita sentiasa dalam rahmat, keampunan dan reda Allah...

Kami sedia untuk berkongsi pandangan...

Wednesday, November 4, 2009

x fail

tertib berguru...

Kaunseling diri untuk kesejahteraan....

Kesejahteraan adalah ketenangan hati....Ketenangan adalah kebahagiaan...untuk mencapai ketenangan kuncinya pada petunjuk yang dinyatakan di dalam Al Quran dan manifestasinya pada diri Rasulullah SAW...."dan ingatlah dengan hanya berzikir kepadaKu hati akan tenang tenteram..." dan langkah permulaan untuk sentiasa berada dalam zikrullah ialah dengan mengenali diri dan mengenali Tuhan....
Socretes sejak berabad berbicara mengenai "Ghnothi Seuthorn" ...kenali dirimu!. Nabi Allah Adam...mengenali dirinya sebagai hamba justru itu kata katanya..."Ya Allah aku telah menzalimi diriku dan jika Engkau tidak mengampuni dosa dosaku maka aku termasuk ke dalam golongan mereka yang rugi... " inilah yang menjadi permohonan daripada anak cucunya sampai ke hari ini untuk menyatakan rasa kehambaan kepada Khalik yakni pencipta yang Maha Mencipta... Permulaan hidup beragama ialah makrifatullah... untuk mengenal Allah mestilah mengenali diri....mengenali hati...mengenali dalam ertikata hakikat yang sebenar benar...haqqul yakin...
Bila mencapai maqam inilah timbulnya rasa cinta yang mendalam hanya kepada Allah yang maha menciptakan segala sesuatu yang wujud dan gahib dari pandangan manusia...tetapi nyata pada mereka yang mencapai taraf insan..insan kamil.. Di dalam hati mereka hanya ada cinta dan cinta adalah satu anugerah rahmat daripada Allah… Perasaan ini secara fitrahnya dimiliki oleh semua makhluk yang bernyawa. Lebih lebih lagi manusia yang menggunakan ‘cinta’ sebagai batu loncatan untuk mencapai kehendak hawa dan nafsu...Insan adalah makhluk manusia paling yang ideal yang hanya menggunakan cinta untuk lebih dekat dengan Khalik...Inilah hakikat kejadian manusia yang mencapai maqam al insan itu sendiri sesuai dengan firman Allah di dalam surah at-Tin ayat 4…

Untuk mencapai maqam al insan, manusia haruslah sekurang kurangnya memiliki keyakinan yang kental kepada diri sendiri dan inilah yang akan mendorong ke arah kesempurnaan diri(mengenal diri-mengenal Allah) dalam ertikata yang sebenar benarnya mengikut pelbagai disiplin ilmu dan memiliki acuan ilmu syariat-tarikat-hakikat dan makrifat (syariat dan tasauf).

Pertemuan kita pada hari ini adalah satu Usrah Hati ke Hati dari seorang fakir yang tiada ilmu, daif, hina dina hanya belajar setakat alif dan ba...untuk semua manusia dan dari seorang guru khusus untuk semua anak anak murid di sekolah dan diluar lingkungan...dan dari seorang hamba yang hanya tahu tiada takut selain daripada Allah dan tiada rasa dukacita atas apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku... Cetusan hati ini adalah setitis harap dan takut di dalam menghadapi ujian daripada Allah dan godaan daripada Iblis yang sentiasa hidup pada hati, hawa dan nafsu yang lupakan Allah...kita sama sama berdiri dan bertatih diatas jalan yang lurus...untuk menuju kehadratnya...salam kasih sayang...


Tuesday, November 3, 2009

blogger

wanted:RM1b.....

salam persaudaraan untk semua manusia yang cintakan kebenaran

Alhamdulillah dengan kudrat iradat Allah Rabbul Jalil kami digerakkan untuk meneroka ruang ini sambil mengatur bicara tersurat tersirat,nyata dan rahsia... kerana kita adalah penyataan kepada sekelian kewujudan...penyataan kepada sekelian keghaiban...
Dari Allah kita harapkan keampunan, rahmat dan reda....
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi yang akhir, Rasulullah SAW..Mohammad ibn Abdullah yang membawa obor kebenaran, cahaya untuk alam nyata dan jalan ke alam ghaib-alam akhirat...darinya kita harapkan sefaat di dunia apatah lagi di akhirat..
Juga salam untuk guru guru kita yang mengajar kita alif dan ba...moga barokah dan karomahnya walaupun tempiasnya dengan izin Allah akan memercik ke wajah kita...
Tak pernah kita lupakan untuk ibubapa yang menyatakan sifat rahim Allah sejak dalam kandungan..keredaan dan restu ibubapa adalah kunci untuk menerobos ke puncak cahaya...
ALFATIHAH....

mudahah mudahan kita akan jumpa lagi...s. fakir_purnama al idrus